Struktur dalaman Istana_Arau

Balairong SeriDewan BanquetMajlis Santapan Negeri dan Upacara RasmiKeluasan Istana ArauBilik rasmi khasBilik Hijau

Istana Arau dibina semasa era pemerintahan Tuanku Syed Alwi Jamalullail pada tahun 1905 Masihi. Keluasan dalaman bangunan Istana Arau lebih kurang 120 kaki persegi kali 180 kaki persegi terdiri daripada:

Balairong SeriBerfungsi tempat Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang-Bintang serta Majlis Pertabalan Raja baru.

Dewan BanquetDigunakan sebagai tempat majlis santapan ketika diadakan majlis rasmi di Istana Arau.

Bilik KuningBerfungsi sebagai sebuah bilik tempat menunggu tetamu sementara menanti kehadiran Tuanku Raja sampai ke Istana.

Bilik BiruBerfungsi sebagai sebuah bilik untuk menerima tetamu VVIP dan tetamu Tuanku Raja menghadap baginda.

Bilik HijauBerfungsi sebagai tempat mengadakan majlis upacara khas penganugerahan pingat dan bintang-bintang khas kepada orang-orang yang tertentu atas perkenan Tuanku Raja.

Struktur binaan bangunan ini terdiri daripada campuran batu bata, simen, dan pasir. Bahagian bumbungnya pula mempunyai bentuk kubah kembar kiri dan kanan bangunan. Keluasan keseluruhan kawasan Istana Arau adalah 900 kaki persegi panjang dan 500 kaki persegi lebar.

Bangunan Istana Arau bermotifkan ciri-ciri moden dan Islam. Istana Arau menjadi tarikan pelancong tempatan dan pelancong luar ketika ada sesi lawatan ke Galeri Diraja Arau. Langkah-langkah pemuliharaan bangunan bersejarah ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis dan mendapat perhatian pemuliharan daripada Jabatan Warisan Negara.